Calon Datuk Bandar Islam Pertama Dakwa Terima Ugutan Bunuh

Calon Datuk Bandar Islam Pertama Dakwa Terima Ugutan Bunuh

Calon wanita yang bakal bertanding untuk jawatan Datuk Bandar Rochester, di negeri Minnesota, Amerika Syarikat (AS) didakwa menerima ancaman bunuh secara dalam talian.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Calon wanita yang bakal bertanding untuk jawatan Datuk Bandar Rochester, di negeri Minnesota, Amerika Syarikat (AS) didakwa menerima ancaman bunuh secara dalam talian.

Regina Mustafa berkata, ugutan untuk membunuhnya dilakukan oleh Gerakan Militia, awal minggu ini.

"Saya tidak tahu sama mereka berada berhampiran atau di seluruh negara. Bagaimanapun, ia tidak akan menjejaskan saya. Setiap ancaman mesti diambil secara serius. Tiada sesiapa yang harus merasa terancam apabila mahu berkhidmat kepada komuniti mereka," katanya dalam satu kenyataan di Twitter.

Sebagai tindak balas kepada ugutan tersebut, Majlis Hubungan Amerika-Islam (Cair) menggesa pihak polis untuk menyiasat perkara itu.

"Kami menggesa pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang negeri dan persekutuan untuk menyiasat ancaman keganasan menyasarkan ahli komuniti minoriti yang ingin mengambil bahagian dalam proses politik di negara kita," kata pengarah esekutif Cair, Jaylani Hussein. - al Jazeera


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky