Canselor Jerman, Angela Merkel Dimalukan Trump

  • News Code : 818767
  • Source : Sinar Harian
Brief

Canselor Jerman, Angela Merkel tergamam apabila pelawaan beliau untuk berjabat tangan dengan Donald Trump mendapat respons dingin daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Canselor Jerman, Angela Merkel tergamam apabila pelawaan beliau untuk berjabat tangan dengan Donald Trump mendapat respons dingin daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) itu.

Memetik laporan Independent, kejadian berlaku di White House di mana momen itu dirakamkan oleh pihak media ketika sesi bergambar.

"Adakah anda (Trump) ingin berjabat tangan," tanya Merkel kepada Trump.

Namun Trump sebaliknya memberi reaksi kaku dengan terus duduk

bersahaja tanpa menghulurkan tangan bagi menjawab sapaan Merkel itu.

Merkel tiba di AS sejak 17 Mac lalu bagi membuat lawatan kerja ke negara Uncle Sam itu.

Sebelum itu, pertemuan kedua-dua pemimpin kuasa besar dunia itu

antaranya membincangkan mengenai masa depan perjanjian Nato, memerangi kumpulan Daesh dan penyelesaian konflik antara Ukraine dan Rusia.

Walaupun begitu, kedua-dua pemimpin menyifatkan pertemuan mereka ketika memberi ucapan ringkas kepada pemberita sebagai 'berlangsung dengan sangat baik'.

Terdahulu sebagaimana yang diketahui Trump sebelum ini mengkritik Merkel berkenaan dasar pelarian di Jerman.

Pada tahun 2016, Trump mendakwa Merkel sebagai 'perosak' Jerman kerana membenarkan kemasukan pelarian dari Syria.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram