Chelsea Manning Bebas Selepas 7 Tahun

  • News Code : 830365
  • Source : Berita Harian
Brief

Bekas perisik tentera transgender, Chelsea Manning, yang didakwa atas kesalahan membocorkan dokumen sulit kerajaan kepada WikiLeaks, dibebaskan dari penjara hari ini, selepas menjalani hukuman tujuh daripada 35 tahun.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bekas perisik tentera transgender, Chelsea Manning, yang didakwa atas kesalahan membocorkan dokumen sulit kerajaan kepada WikiLeaks, dibebaskan dari penjara hari ini, selepas menjalani hukuman tujuh daripada 35 tahun.

Jurucakap tentera Amerika Syarikat, Cynthia Smith, berkata Manning, 29, dibebaskan dari penjara tentera Fort Leavenworth, namun enggan memberi maklumat lanjut.

Ketika diberi pengampunann, Manning menyatakan rancangan berpindah ke Maryland menerusi akaun Twitter miliknya. Dilahirkan di Crescent, Oklahoma, dia mempunyai seorang ibu saudara yang menetap di sana.

Manning yang dikenali sebagai Bradley Manning sebelum berpindah ke penjara didapati bersalah pada 2013 atas 20 pertuduhan, termasuk enam pelanggaran Akta Perisikan, kecurian dan penipuan komputer.

Dia dibebaskan daripada tuduhan paling serius iaitu membantu musuh. Presiden Barack Obama memberikan pengampunan kepada Manning pada hari terakhir sebelum meninggalkan pejabatnya, Januari lalu.

Manning, bekas penganalisis perisikan di Iraq, mengakui membocorkan rahsia termasuk video di medan peperangan. - AP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram