Daesh Ancam Serang AS

Daesh Ancam Serang AS

Kumpulan Daesh mengancam serangan ke atas Amerika Syarikat (AS) sebagai tentangan keputusan pentadbiran Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kumpulan Daesh mengancam serangan ke atas Amerika Syarikat (AS) sebagai tentangan keputusan pentadbiran Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Perkara itu didedahkan menerusi satu daripada akaun media sosial militan terbabit hari ini tanpa memberi butiran lanjut.

Dalam satu mesej Telegram bertajuk, "Tunggu Kami' dan 'ISIS (Daesh) di Manhattan', kumpulan itu berkata, ia akan menjalankan operasi sambil menunjukkan imej Times Square New York serta apa yang jelas tali pinggang bom dan peranti letupan.

"Kami akan melakukan lebih banyak operasi di negara anda sehingga jam terakhir.

"Kami akan membakar dengan api perang yang anda mulakan di Iraq, Yaman, Libya, Syria dan Afghanistan. Anda hanya perlu tunggu.

"Pengiktirafan anjing anda 'Trump' ke atas Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel akan menjadikan kami mengiktiraf bahan letupan sebagai ibu kota negara anda," katanya menerusi aplikasi mesej itu.

Washington mencetuskan kemarahan dan bantahan meluas di seluruh dunia Arab berhubung keputusannya ke atas Baitulmaqdis yang menjadi tumpuan konflik Israel-Palestin selama berdekad.

Daesh diusir dari ibu kota Iraq dan Syria tahun ini, namun menyelinap ke dalam kawasan padang pasir di sempadan dua negara itu.

Militan termasuk mereka yang mendakwa taat setia kepada Daesh menjalankan sejumlah serangan maut di Eropah, Asia Barat, Afrika, Asia dan AS sejak dua tahun lalu. -Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky