Dakwaan Intip Trump Ditolak

  • News Code : 818390
  • Source : Utusan
Brief

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menerima tamparan hebat berhubung tuduhannya terhadap bekas Presiden AS, Barack Obama yang didakwa mengintip perbualan telefon hartawan itu apabila dua ahli politik tertinggi negara itu menegaskan Trump tidak mempunyai bukti untuk menyokong tuduhan tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menerima tamparan hebat berhubung tuduhannya terhadap bekas Presiden AS, Barack Obama yang didakwa mengintip perbualan telefon hartawan itu apabila dua ahli politik tertinggi negara itu menegaskan Trump tidak mempunyai bukti untuk menyokong tuduhan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Senat, Richard Burr dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Parti Demokratik, Mark Warner memberitahu, mereka tidak menemukan sebarang maklumat untuk menyokong tuduhan Trump yang dibuat pada 4 Mac lalu.

“Berdasarkan maklumat yang kami peroleh, kami tidak menemukan sebarang petunjuk bahawa Menara Trump menjadi sasaran intipan daripada sebarang elemen kerajaan AS sama ada sebelum atau selepas pilihan raya 2016,” kata mereka.

Keputusan yang amat jelas daripada pemimpin-pemimpin jawatankuasa itu dibuat sehari selepas dua pemimpin Jawatankuasa Perisikan Dewan Perwakilan memaklumkan mereka tidak menerima sebarang maklumat untuk menyokong Trump.

Tuduhan Trump itu berterusan disangkal oleh Speaker Dewan, Paul Ryan yang memberitahu CNN semalam bahawa ‘mereka tidak menemukan sebarang bukti berlakunya intipan perbualan telefon’ walaupun beliau tidak merasakan dakwaan palsu itu akan menjejaskan kredibiliti Trump.

“Saya rasa Presiden (Trump) akan dinilai dan diukur berdasarkan rekod prestasinya,” kata beliau.

Pentadbiran Trump kini didesak untuk sama ada menyokong atau menggugurkan tuduhan ti­dak berasas bahawa Obama telah mengarah intipan telefon dilakukan di Menara Trump semasa kempen pilihan raya.

Obama menafikan tuduhan itu manakala White House dihujani dengan pelbagai soalan tentang kewajaran tuduhan berkenaan.

Semasa ditemu bual oleh Fox News pada Rabu lalu, Trump mendedahkan bahawa beliau merujuk beberapa laporan berita tanpa mengkhususkan sumber berita itu yang dikatakan menyiarkan kemungkinan berkenaan.

Sementara itu. Agensi Perisikan Komunikasi United Kingdom (GCHQ) juga menafi dakwaan bahawa pihaknya terlibat dalam mencuri dengar telefon Trump.

Jurucakap agensi itu menyifatkan tuduhan itu sebagai mengarut dan tidak perlu diambil peduli”

Kenyataan GCHQ itu adalah sebagai reaksi kepada tindakan jurucakap White House, Sean Spicer menyatakan dakwaan itu pada mulanya dibuat oleh saluran TV AS, Fox News pada awal minggu ini.

Jurucakap Perdana Menteri British, Theresa May berkata, pentadbiran Trump sebelum ini telah bersetuju untuk tidak me­ngulangi dakwaan yang mengarut itu. –AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram