Dera Rekrut Muslim, 10 Tahun Penjara

  • News Code : 866072
  • Source : Berita Harian
Brief

Seorang jurulatih Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) dipenjara 10 tahun selepas didapati bersalah mendera 12 rekrut Islam sehingga menyebabkan seorang meninggal dunia pada 2016.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang jurulatih Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) dipenjara 10 tahun selepas didapati bersalah mendera 12 rekrut Islam sehingga menyebabkan seorang meninggal dunia pada 2016.

Sehari sebelum itu, Sarjan bahagian persenjataan, Joseph Felix turut didapati bersalah atas tuduhan salah laku membabitkan rekrut terbabit, ketika latihan asas mereka di Pulau Parris di pangkalan tentera Carolina Selatan.

Juri yang terdiri daripada bekas anggota tentera lelaki dan wanita mendapati Felix yang juga bekas veteran perang di Iraq bersalah daripada enam jurulatih yang diarahkan dan terbabit dalam kes penderaan rekrut itu dengan menakut-nakutkan mereka seperti pengganas.

Dua daripada mangsa dipaksa masuk ke dalam mesin pengering pakaian bersaiz industri dan satu kes lagi, mesin itu dihidupkan apabila mereka enggan meninggalkan agama mereka.

Salah seorang daripada rekrut, Raheel Siddiqui maut selepas diarahkan terjun dari tingkat tiga pada Mac 2016, selepas beberapa hari didera lebih teruk berbanding layanan tekanan tinggi yang biasa diberikan kepada rekrut. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram