Drama Tebusan Berakhir, Seorang Maut

Drama Tebusan Berakhir, Seorang Maut

Pihak berkuasa berjaya memberkas seorang suspek bersenjata api yang menembak mati seorang wanita dalam insiden menggemparkan di sebuah pasar raya di Los Angeles, semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak berkuasa berjaya memberkas seorang suspek bersenjata api yang menembak mati seorang wanita dalam insiden menggemparkan di sebuah pasar raya di Los Angeles, semalam.

"Suspek lelaki berkulit hitam berusia 28 tahun itu dipercayai terlibat dalam pertengkaran dengan keluarganya turut menembak neneknya dan seorang wanita lain di lokasi kejadian.

Menurutnya, suspek bertindak menjadikan kira-kira 40 pengunjung sebagai tebusan hingga mencetuskan keadaan huru-hara di dalam pasar raya tersebut selepas ada yang cuba melarikan diri termasuk terjun dari tingkap.

Bagaimanapun, dia akhirnya bersetuju menyerah diri selepas berunding dengan polis tanpa berlaku sebarang pergelutan, namun dia meminta untuk menggari tangannya sendiri sebelum dibawa keluar dari pasar raya tersebut.

Difahamkan, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump turut mengikuti perkembangan drama tebusan tersebut. - Agensi


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky