Duta AS Kesal Dengan Penghinaan Trump

Duta AS Kesal Dengan Penghinaan Trump

Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley, semalam menyatakan rasa kesalnya kepada duta Afrika yang marah dengan gambaran negara benua itu sebagai 'jijik' oleh Presiden Donald Trump.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley, semalam menyatakan rasa kesalnya kepada duta Afrika yang marah dengan gambaran negara benua itu sebagai 'jijik' oleh Presiden Donald Trump.

Haley meminta untuk bertemu duta Afrika di PBB selepas mereka menyiarkan kenyataan bersama semalam menuntut Trump meminta maaf di atas 'kenyataan memeranjatkan, berunsur perkauman dan tidak menyukai negara Afrika itu'.

Duta Equatorial Guinea yang menjadi pengerusi Kumpulan Afrika, Anatolia Ndong Mba, berkata Haley tidak memohon maaf ketika pertemuan tertutup tetapi menyatakan kekesalan.

Haley memberitahu beliau tiada di Rumah Putih dan tidak tahu apa yang dikatakan tetapi kesal dengan keadaan yang tercetus.

Misi AS enggan menyatakan sama ada Haley menyedari kemarahan susulan kenyataan Trump seminggu lalu pada pertemuan dengan ahli perundangan mengenai pembaharuan imigresen di Rumah Putih.

Ndong Mba berkata, Kumpulan Afrika mencadangkan kepada Haley supaya mengendurkan ketegangan, yang berjanji menyampaikan ia kepada Trump.

Diplomat, yang enggan dikenali, berkata mereka mencadangkan supaya Trump menghantar mesej aman kepada pemimpin Afrika pada persidangan di Addis Ababa sebagai tanda muhibbah. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky