EU, Rusia dan China Akan Pertahankan JCPOA

  • News Code : 860107
  • Source : ABNA24
Brief

Kesatuan Eropah, Rusia dan China menggesa Amerika Syarikat untuk mengekalkan komitmen di bawah perjanjian nuklear Iran (JCPOA) di saat Presiden Donald Trump dijangka akan mengisytiharkan bahawa beliau tidak lagi akan mengesahkan perjanjian itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kesatuan Eropah, Rusia dan China menggesa Amerika Syarikat untuk mengekalkan komitmen di bawah perjanjian nuklear Iran (JCPOA) di saat Presiden Donald Trump dijangka akan mengisytiharkan bahawa beliau tidak lagi akan mengesahkan perjanjian itu.

"Kami percaya bahawa perjanjian itu amat penting untuk mengukuhkan sistem anti-penularan nuklear antarabangsa, kedamaian dan kestabilan serantau. Kami berharap bahawa semua pihak akan terus menjaga dan mengimplementasikan perjanjian ini," kata jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying pada hari Jumaat.

Pegarah Polisi Luar Kesatuan Eropah (EU), Frederica Mogherini dan Menteri Luar Jerman, Sigmar Gabriel pula dilaporkan telah berbual dengan Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif melalui telefon berhubung isu tersebut. Mereka berkata bahawa Eropah akan terus menghormati kesepakatan tersebut selagi Iran mematuhi komitmennya.

Mogherini dan Gabriel turut mengakui bahawa Iran telah mematuhi setiap komitmennya di dalam JCPOA, lapor IRNA.

Mereka turut berkata bahawa Iran perlu diberikan peluang untuk meraih keuntungan ekonomi melalui perjanjian yang dipersetujui dengan A.S, U.K, Perancis, Rusia, China dan Jerman memandangkan bahawa syarat yang diletakkan oleh pentadbiran Tehran sebelum menghadkan program nuklearnya adalah pemansuhan ke atas kesemua sekatan ekonomi yang terkait dengan program nuklear tersebut.

Gabriel pada hari Khamis berkata bahawa rancangan Trump untuk tidak lagi "mengesahkan" perjanjian nuklear itu akan mengasingkan Washington daripada sekutu tradisi mereka di Eropah sekaligus menolak mereka ke arah posisi yang dipilih Oleh Rusia dan China.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov juga dilaporkan telah menghubungi rakan sejawatnya dari A.S, Rex Tillerson untuk membincangkan perjanjian itu, lapor agensi berita TASS Rusia.

"Lavrov mengingatkan bahawa Tehran secara faktanya telah mematuhi kesemua komitmen mereka berhuubng JCPOA dan menegaskan bahawa kesemua pihak yang terbabit di dalam merangka dokumen (perjanjian itu) perlu mematuhinya," kata Kementerian Luar Rusia ketika menyentuh tentang perbualan tersebut.

Di kesempatan lain, Lavrov turut meluahkan keraguannya berhubung kesahihan tindakan A.S untuk meninggalkan perjanjian itu dari aspek perundangan.

Menurut beliau, JCPOA telah "diluluskan oleh sebuah resolusi Majlis Keselamatan PBB" dan "pelaksanaannya adalah sesuatu yang bersifat mandatori."

Di bawah undang-undang A.S, pentadbiran negara itu perlu mengesahkan kepada Kongres bahawa Iran mematuhi komitmennya di bawah JCPOA pada setiap 90 hari. Pentadbiran itu setakat ini telah melaksanakannya sebanyak dua kali dan dilihat keberatan untuk melaksanakannya buat kali yang ketiga.

Jika Trump enggan mengesahkan perjanjian itu, Kongres A.S memiliki tempoh 60 hari untuk mengambil keputusan untuk sama ada mengembalikan kesemua sekatan berkaitan ke atas Republik Islam Iran.

Presiden Trump memiliki pendirian negatif berhubung perjanjian yang ditandatangani Washington sebelum ini dan pernah memanggilnya sebagai sebuah "kesepakatan terburuk" serta "memalukan" buat A.S.

Selain daripada A.S, kesemua pihak menyatakan pendirian yang positif berhubung perjanjian itu dengan EU dan PBB menganggapnya sebagai kejayaan buat diplomasi antarabangsa. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram