Insiden Di Las Vegas Tiada Kaitan Pengganas: FBI

  • News Code : 858330
  • Source : Berita Harian
Brief

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkata setakat ini tiada bukti menunjukkan bahawa insiden tembakan rambang di Las Vegas pada Ahad lalu mempunyai kaitan dengan kegiatan pengganas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkata setakat ini tiada bukti menunjukkan bahawa insiden tembakan rambang di Las Vegas pada Ahad lalu mempunyai kaitan dengan kegiatan pengganas.

Ejen Khas FBI, Aaron Rouse, berkata pihak berkuasa persekutuan sudah menyoal siasat teman wanita Stephen Paddock, Marilou Danley berhubung insiden itu.

Pada masa sama, katanya, tiada individu ditahan kerana disyaki bersubahat dengan Paddock.

Sementara itu, polis Las Vegas percaya Paddock merancang tindakan itu dengan teliti dan menghabiskan masa selama beberapa dekad untuk mengumpul sejumlah senjata.

Dalam sidang media yang sama, pihak polis berkata, seramai 317 daripada 489 mangsa yang cedera dalam kejadian itu sudah keluar dari hospital. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram