Iran Patuh Perjanjian Nuklear: PBB

  • News Code : 859394
  • Source : Berita Harian
Brief

Ketua agensi atom Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan komitmen Iran terhadap perjanjian nuklear 2015.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ketua agensi atom Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan komitmen Iran terhadap perjanjian nuklear 2015.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata, Tehran tidak menghormati 'semangat' perjanjian.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiya Amano dalam satu kenyataan.

Satu laporan IAEA dikeluarkan bulan lalu juga mengesahkan pematuhan Iran terhadap program itu, yang membekukan sesetengah aktiviti nuklear Tehran.

Simpanan uranium diperkayakan tahap rendah Iran, digunakan untuk tujuan aman, namun apabila diproses lanjut untuk dijadikan senjata, ia tidak melebihi paras dipersetujui sebanyak 300 kilogram, menurut laporan itu.

Ia menambah, Iran tidak meneruskan pembinaan reaktor Arak yang mungkin memberinya plutonium gred senjata atau memperkayakan uranium di atas paras ketulenan rendah. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram