Israel Bimbang Trump Kongsi Maklumat Dengan Russia

  • News Code : 830548
  • Source : Berita Harian
Brief

Pakar perisikan Israel meluahkan kebimbangan berhubung tindakan Presiden Donald Trump berkongsi maklumat sulit dengan Russia yang mungkin membahayakan ejennya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pakar perisikan Israel meluahkan kebimbangan berhubung tindakan Presiden Donald Trump berkongsi maklumat sulit dengan Russia yang mungkin membahayakan ejennya.

Namun, ia menjangkakan tindakan itu tidak memberikan akibat buruk jangka panjang kepada kerjasama perisikan.

Trump, menerusi Twitter mengesahkan beliau berkongsi maklumat berkaitan rancangan militan Daesh melancarkan serangan dalam kapal terbang membabitkan bom komputer riba, dalam pertemuan dengan Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov di Rumah Putih minggu lalu.

Akhbar New York Times, memetik kenyataan pegawai dan bekas pegawai Amerika Syarikat (AS), melaporkan kelmarin maklumat yang dihebahkan Trump diperoleh daripada aset perisikan Israel berpangkalan di wilayah dikuasai Daesh di Syria.

Pegawai Israel enggan mengesahkan sama ada mereka adalah sumber maklumat dikongsi Trump, tetapi segera menyatakan penyelarasan menangani keganasan dengan AS adalah kuat.

Kelmarin, Trump menghubung Perdana Menteri rejim Zionis itu, Benjamin Netanyahu untuk membincangkan lawatannya ke Israel minggu depan, tetapi tidak berbicara mengenai kebocoran maklumat dalam perbualan 20 minit itu.

"Hubungan keselamatan antara Israel dan sekutu utama kami, AS, cukup mendalam dan penting," kata Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman, dalam Twitter.

Pakar perisikan Israel berkata, mereka tidak dapat mengesahkan sama ada aset Israel adalah sumbernya.

Namun berkata Israel mewujudkan rangkaian perisikan manusia dan petunjuk seluruh rantau itu dan berjaya menyusup masuk ke dalam militan Daesh sebagai sebahagian usaha jangka panjang. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram