Israel 'Terkejut' Dengan Tindakan Colombia Iktiraf Negara Palestin

Israel 'Terkejut' Dengan Tindakan Colombia Iktiraf Negara Palestin

Rejim Israel mengatakan bahawa mereka terkejut dengan keputusan Colombia untuk mengiktiraf negara Palestin sambil menuntut penjelasan daripada Bogota.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rejim Israel mengatakan bahawa mereka terkejut dengan keputusan Colombia untuk mengiktiraf negara Palestin sambil menuntut penjelasan daripada Bogota.

Sehari selepas Presiden Ivan Duque diangkat secara rasmi sebagai Presiden Colombia yang baharu di Bogota, beliau telah mendedahkan bahawa kerajaan sebelumnya yang dipimpin oleh bekas Presiden Juan Manuel Santos telah mengiktiraf negara Palestin pada minggu lalu.

"Saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa Presiden Juan Manuel Santos atas nama kerajaan Colombia telah memutuskan untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara bebas, bebas dan berdaulat," kata kementerian luar negara tersebut.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu juga telah membatalkan lawatannya ke Colombia dalam rangka menghadiri majlis pengangkatan sumpah oleh Duque yang mula memegang jawatan tersebut pada hari Selasa lepas.

"Kami terkejut dengan laporan itu yang tertular di media dan sedang menunggu penjelasan daripada pentadbiran baru, yang sedang menilai perkara tersebut," kata kementerian luar Israel.

Duque sebelum ini berkata bahawa beliau mahu meningkatkan hubungan baik negaranya dengan Israel, malah Presiden Colombia itu pernah secara terbuka melontarkan idea untuk memindahkan kedutaan negara Amerika Latin itu ke al-Quds.

Kerajaannya berkata bahawa mereka akan mengkaji implikasi keputusan terakhir Santos berhubung isu Palestin. Akan tetapi, mereka dalam masa yang sama mengakui bahawa tindakan tersebut dibuat secara sah menurut lunas undang-undang.

Negara Palestin setakat ini telah diiktiraf oleh lebih daripada 135 buah negara yang menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Colombia selama ini menghindarkan diri daripada melakukan pengiktirafan terhadap Palestin berikutan sikap menghormati Washington. Akan tetapi, sepanjang beberapa tahun yang lepas, Bogota telah berusaha untuk melaksanakan dasar asing yang lebih bebas.

Perkembangan terkini itu berlaku di tengah-tengah bantahan global terhadap tindakan parlimen Israel, Knesset yang mengesahkan draf "undang-undang negara Yahudi" yang berbaur perkauman sekaligus melanyak hak-hak bangsa Arab yang tinggal di Israel secara terang-terangan.

'Pembersihan Etnik Oleh Israel'

Seorang bekas anggota parlimen Israel yang baru-baru ini meletakkan jawatannya selepas rang undang-undang tersebut mendapat kelulusan Knesset, berkata bahawa perkara itu adalah mukadimah kepada "pembersihan etnik" ketika bercakap di dalam sebuah temu bual dengan portal berita Timur Tengah Eye.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky