"John Bolton, Ancaman Kepada Keselamatan Kebangsaan"

Pelantikan John Bolton sebagai penasihat keselamatan kebangsaan Amerika Syarikat oleh Presiden Donald Trump mempunyai "implikasi yang mendalam" ke atas hala tuju dasar luar Washington dan dijangka akan meningkatkan risiko berlakunya konfrontasi ketenteraan dengan Korea Utara dan Iran, menurut analisis oleh majalah Foreign Policy.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pelantikan John Bolton sebagai penasihat keselamatan kebangsaan Amerika Syarikat oleh Presiden Donald Trump mempunyai "implikasi yang mendalam" ke atas hala tuju dasar luar Washington dan dijangka akan meningkatkan risiko berlakunya konfrontasi ketenteraan dengan Korea Utara dan Iran, menurut analisis oleh majalah Foreign Policy.

Trump pada hari Khamis lepas mengumumkan pengganti Jeneral H.R McMaster dengan menamakan Bolton yang merupakan bekas duta besar Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pelantikan itu menjadikan Bolton sebagai penasihat keselamatan kebangsaan yang ketiga di dalam pentadbiran Trump sejak hartawan tersebut memegang jawatan ketua Rumah Putih.

Walaupun McMaster "bukan seekor merpati putih," Bolton boleh dianggap sebagai individu yang jatuh ke dalam kategori yang sama sekali berbeza serta berbahaya, baca artikel Foreign Policy.

Bolton sebelum ini pernah memperjuangkan serangan ke atas Iraq pada tahun 2003 dan sehingga hari ini beliau percaya bahawa "keputusan dasar luar yang paling buruk dalam generasi itu merupakan sebuah idea yang baik," tambah laporan tersebut.

Tidak lama sebelum Amerika Syarikat dan sekutunya melancarkan serangan ke atas Iraq, Bolton dilaporkan memberitahu para pegawai Israel bahawa setelah Saddam Hussein dijatuhkan, mereka akan mula menangani Syria, Iran dan Korea Utara.

"Beliau (Bolton) pada asasnya mengekalkan pandangan tersebut dimilikinya sejak zaman itu ," baca laporan majalah Foreign Policy, sambil menambah bahawa dari sudut pandang Bolton, "kebanyakan masalah antarabangsa memerlukan perang sebagai jawapannya."






Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky