Kelly Angkat Sumpah Sebagai Ketua Kakitangan White House

  • News Code : 845492
  • Source : Utusan Online
Brief

Bekas Setiausaha Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS), John Kelly mengangkat sumpah sebagai Ketua Kakitangan White House yang baharu di bawah pentadbiran Presiden, Donald Trump semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bekas Setiausaha Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS), John Kelly mengangkat sumpah sebagai Ketua Kakitangan White House yang baharu di bawah pentadbiran Presiden, Donald Trump semalam.

Kelly, 67, yang juga bekas jeneral bersara dalam pasukan marin dikatakan menjadi harapan Trump untuk memulihkan keadaan di White House ketika ini.

“Kami baru saja melantik Jeneral Kelly dan saya yakin dia akan melakukan tugas yang luar biasa selepas ini.

“Jasa beliau dalam aspek keselamatan tanah air cukup mengagumkan. Lihat sahaja apa yang berlaku terhadap sempadan negara dan hasil luar biasa yang dicapai sekarang,” kata Trump. -AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram