Kongres Desak Mark Zuckerberg Beri Penjelasan

Kongres Desak Mark Zuckerberg Beri Penjelasan

Ketua eksekutif, Facebook Inc (Facebook), Mark Zuckerberg digesa memberi penjelasan kepada Kongres Amerika Syarikat, berhubung penyalahgunaan data milik pelanggannya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ketua eksekutif, Facebook Inc (Facebook), Mark Zuckerberg digesa memberi penjelasan kepada Kongres Amerika Syarikat, berhubung penyalahgunaan data milik pelanggannya.

Gesaan itu dibuat, Senator Dianne Feinstein yang juga anggota Jawatankuasa Kehakiman dari Parti Demokrat.

“Seramai 50 juta orang hilang maklumat peribadi, kerahsiaan.

“Saya fikir, kita perlu meminta ketua Facebook, bukan peguam mereka, bukan orang kedua dalam syarikat itu, tetapi orang pertama dalam syarikat itu, untuk bertemu dengan kita.

“Ia hanya, jika mereka benar-benar bersedia untuk menjadi pemimpin dalam industri ini dan mengawal perkara seperti ini daripada berlaku,” kata Feinstein kepada wartawan di Dewan Senat Amerika Syarikat.

Beliau berkata demikian ketika anggota Kongres mendesak syarikat pengendali media sosial itu bertanggungjawab, terhadap isu kebocoran maklumat peribadi penggunanya, oleh syarikat perunding politik yang dilantik pasukan kempen Presiden Donald Trump.

Sementara itu, saham Facebook mencatat kejatuhan sebanyak 3.5 peratus semalam, atau 17 peratus di bawah paras tertinggi yang direkodkan bulan lalu, ketika pelabur bimbang mengenai risiko yang bakal dihadapi Facebook, susulan pendedahan firma perunding memperoleh data 50 juta pengguna rangkaian media sosial itu, secara tidak sah.

Semalam, Facebook berkata, mereka bakal menghadiri sesi soal jawab dengan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) berhubung perolehan data oleh Cambridge Analytica.

Namun, syarikat itu menolak sesi itu adalah satu bentuk siasatan rasmi.

“FTC dilaporkan sedang mengkaji sama ada Facebook melanggar perintah persetujuan yang dicapai dengan pihak berkuasa pada 2011, mengenai amalan kerahsiaan syarikat itu,” kata individu yang maklum mengenai perkara itu kepada Reuters.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky