Kumpulan EU3 Buka Perniagaan Tanpa Dolar Dengan Iran

Kumpulan EU3 Buka Perniagaan Tanpa Dolar Dengan Iran

Menteri Luar Persekutuan Rusia, Sergei Lavrov berkata bahawa tiga penandatanganan utama kepada perjanjian nuklear Iran sepakat untuk mewujudkan hubungan perdagangan yang bebas daripada penggunaan dolar A.S dengan Tehran dalam rangka mengatasi permasalahan berbangkit akibat daripada tindakan Washington yang meminta negara-negara sekutu mereja untuk mengurangkan hubungan perniagaan dengan Iran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Persekutuan Rusia, Sergei Lavrov berkata bahawa tiga penandatanganan utama kepada perjanjian nuklear Iran sepakat untuk mewujudkan hubungan perdagangan yang bebas daripada penggunaan dolar A.S dengan Tehran dalam rangka mengatasi permasalahan berbangkit akibat daripada tindakan Washington yang meminta negara-negara sekutu mereja untuk mengurangkan hubungan perniagaan dengan Iran.

Syarikat-syarikat Eropah berada di bawah tekanan yang semakin meningkat daripada Washington untuk mengurangkan hubungan niaga dengan Tehran, selepas tindakan unilateral Amerika Syarikat pada bulan Mei lepas untuk menarik diri daripada perjanjian nuklear yang dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA)


Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan pada 8 Mei lepas bahawa Washington telah menarik diri daripada perjanjian nuklear tersebut sambil menambah dengan mengatakan bahawa beliau merancang untuk memperkenalkan semula sekatan berkaitan program nuklear Iran ke atas Tehran. Beliau turut berjanji untuk mengenakan sekatan ekonomi pada "tahap tertinggi" ke atas Republik Islam tersebut.

Di bawah JCPOA, Iran berjanji untuk menghadkan program nuklearnya dan  sebagai pertukaran, A.S serta sekutu mereka bersetuju untuk menghapuskan sekatan berkaitan nuklear yang dikenakan terhadap Tehran sebelum ini.

Lavrov pada hari Isnin berkata bahawa keputusan yang diambil oleh Perancis, Jerman dan Britain berkaitan penggunaan dolar A.S sebelum ini hanya menyasarkan syarikat-syarikat kecil dan sederhana yang berurusan dengan Tehran.

Diplomat terkemuka Rusia itu turut menambah bahawa pihak-pihak lain yang terlibat di dalam perjanjian nuklear Iran turut bersetuju untuk melaksanakan langkah-langkah berkaitan untuk melindungi perniagaan negara mereka daripada sekatan unilateral A.S.

Dia mengkritik keputusan Washington yang "tidak sah (dari segi undang-undang) dan tidak boleh diterima" setelah negara polis dunia itu bertindak menguatkuasakan semula sekatan ke atas Tehran.

Negara-negara Eropah berusaha keras untuk memastikan bahawa Iran mendapat manfaat ekonomi yang mencukupi dalam rangka untuk memujuk Tehran supaya kekal di dalam perjanjian itu sejak penarikan diri secara unilateral Washington daripada JCPOA. Pihak-pihak lain juga termasuk Rusia dan China telah berikrar untuk mempertahankan perjanjian bersejarah itu.

Sebagai respon kepada tindakan Washington, Tehran menggesa negara-negara lain untuk menjamin kepentingannya di dalam perjanjian itu sebagai syarat untuk terus kekal di dalam kerangka kerja JCPOA.

Syarikat-syarikat Eropah yang melabur di Iran terdedah kepada risiko menghadapi denda dengan A.S kerana majoriti urus niaga yang dijalankan selama ini menggunakan dolar A.S sebagai medium transaksi.

Sejak keluar dari JCPOA, pentadbiran Trump telah memulakan kempen propaganda yang baharu untuk menakutkan ahli perniagaan Eropah yang aktif di Iran malalui ancaman denda jika mereka memilih untuk tinggal di Iran ketika sekatan Amerika kembali dikuatkuasakan.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky