Lagi Bom 'Untuk Yaman': A.S Jual Senjata Kepada UAE

  • News Code : 829419
  • Source : ABNA24
Brief

Jabatan Negara A.S telah meluluskan pelan penjualan peluru berpandu bernilai USD 2 bilion kepada Emiriah Arab Bersatu yang merupakan salah sebuah negara anggota di dalam pakatan pimpinan Arab Saudi yang melancarkan kempen ketenteraan ke atas Yaman, kata Pentagon.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jabatan Negara A.S telah meluluskan pelan penjualan peluru berpandu bernilai USD 2 bilion kepada Emiriah Arab Bersatu yang merupakan salah sebuah negara anggota di dalam pakatan pimpinan Arab Saudi yang melancarkan kempen ketenteraan ke atas Yaman, kata Pentagon.

Penjualan itu merangkumi 160 peluru berpandu Patriot (terdiri daripada dua versi) serta beberapa kelengkapan senjata lain, kata Jabatan Pertahanan A.S di dalam sebuah kenyataan.

"Usul penjualan ini akan menyumbang kepada (kejayaan) polisi luar A.S dan juga keselamatan negara ini dengan meningkatkan keselamatan sebuah negara sekutu penting yang telah dan terus menjadi kuasa yang menyumbang kepada kestabilan politik dan kemajuan ekonomi di Timur Tengah," baca kenyataan itu.

Setentunya kenyataan itu tidak akan diterima oleh sesetengah pihak memandangkan peranan UAE di dalam perang di Yaman. Sekitar tujuh juta penduduk Yaman menghadapi masalah kekurangan bekalan makanan berikutan konflik itu.

A.S sering dikritik berikutan penjualan senjatanya kepada pihak yang menyertai kempen ganas Arab Saudi ke atas negara jirannya itu. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram