Larangan Terbaharu Tetap Dibantah

  • News Code : 817747
  • Source : Utusan
Brief

Perintah larangan perjalanan terbaharu yang diperkenalkan oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, tetap dibantah oleh enam buah negeri di negara ini apabila pe­rintah mahkamah dipohon semalam supaya ia tidak dikuatkuasakan mulai Khamis ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perintah larangan perjalanan terbaharu yang diperkenalkan oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, tetap dibantah oleh enam buah negeri di negara ini apabila pe­rintah mahkamah dipohon semalam supaya ia tidak dikuatkuasakan mulai Khamis ini.

Washington, California, Maryland, Massachussets, New York dan Oregon mengemukakan bantahan itu dengan alasan perintah eksekutif Trump yang dikeluarkan pada 6 Mac lalu adalah sama seperti perintah terdahulu yang disekat oleh mahkamah-mahkamah persekutuan AS.

Berdasarkan tuntutan tersebut, pihak-pihak berkenaan menegaskan perintah terbaharu itu akan menyebabkan `kemudaratan serius dan serta merta kepada AS, termasuk penduduknya, universiti dan kolej, penyumbang penjagaan kesihatan dan perniagaan’.

Seorang jurucakap Jabatan Kehakiman memberitahu, pihaknya sedang menyemak tuntutan itu sebelum memaklumkannya kepada mahkamah.

Sebelum ini, Hawaii yang bergantung kepada sektor pelancongan telah mengemukakan saman terhadap perintah eksekutif itu dengan alasan perintah berkenaan memberi `kesan menakutkan’ terhadap pendapatan perjalanan.

Kes negeri itu telah ditetapkan untuk pendengaran esok iaitu sehari sebelum perintah larangan perjalanan terbaharu itu berkuat kuasa.

Sementara dalam perkembangan lain, kira-kira 14 juta penduduk negara ini bakal kehilangan insurans perubatan menjelang tahun depan jika kepimimpinan Trump bertegas mahu menghapuskan skim kesihatan Obamacare.

Walaupun langkah itu dapat mengurangkan bajet negara tetapi Pejabat Belanjawan Kongres (CBO) menjangkakan 24 juta lagi penduduk negara ini tidak akan dilindungi insurans menjelang tahun 2026.

Akta Penjagaan Berkemampuan(ACA) 2010 atau lebih dikenali sebagai Obamacare merupakan polisi domestik bekas Presiden AS, Barack Obama yang meluaskan perlindungan insurans kepada kira-kira 20 juta penduduk AS.

Beberapa pakar polisi kesihatan dan penganalisis Wall Street memberitahu, laporan CBO itu lebih keras dan teruk daripada yang dijangkakan dengan jumlah mereka yang tidak dilindungi insurans merosot mendadak. - REUTERS


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram