Para Pegawai A.S Dakwa Pegawai Peribadi Erdogan Punca Keganasan Di Hadapan Kedutaan Turki

  • News Code : 830393
  • Source : ABNA24
Brief

Pihak berkuasa di Washington berkata bahawa pergaduhann yang tercetus di hadapan Kedutaan Turki yang terletak di Washington DC telah dimulakan oleh pegawai rasmi kerajaan Turki yang menyerang penunjuk perasaan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak berkuasa di Washington berkata bahawa pergaduhann yang tercetus di hadapan Kedutaan Turki yang terletak di Washington DC telah dimulakan oleh pegawai rasmi kerajaan Turki yang menyerang penunjuk perasaan.

Para pegawai A.S berkata mereka yang dirakam menyerang para penunjuk perasaan adalah pengawal peribadi Presiden Reccep Tayyip Erdogan sendiri. Lelaki-lelaki itu dilaporkan mengiringi pemimpin kontroversi Turki itu ke Washington dalam rangka lawatan beliau ke Rumah Putih.

Sekitar 20 orang penunjuk perasaan telah berkumpul di luar Kedutaan Turki untuk membantah tindakan rejim Ankara berhubung sokongan Ankara kepada kumpulan militan serta perangnya ke atas etnik Kurdis. Rakaman yang diambil sepanjang tunjuk perasaan itu menunjukkan para penentang penunjuk perasaan datang dari arah kedutaan tersebut.

"Serangan itu agak agresif dan dilancarkan oleh mereka yang sudah membuat persiapan. Saya rasa pihak keselamatan atau pengawal peribadi atau sebahagian daripada rombongan yang menyertai Erdogan terlibat (di dalam pergaduhan itu)," kata Aran Hamparian.

Sepanjang pertelingkahan itu, 9 orang dilaporkan cedera dan salah seorang daripada mereka adalah pegawai polis sendiri. Sekurang-kurangnya salah seorang daripada penunjuk perasaan itu mengalami kecederaan serius.

"Mereka fikir mereka boleh menindas tunjuk perasaan dan kebebasan bersuara (di A.S) seperti yang sering mereka lakukan di Turki," kata Flint Arthur yang merupakan salah seorang daripada peserta tunjuk perasaan itu. "Mereka berhenti untuk beberapa minit... Akan tetapi kami terus mengekalkan posisi kami dan meneruskan bantahan kami ke atas rejim zalim Erdogan."

Sementara itu, Datuk Bandar Washington DC, Muriel Bowser menyifatkan pergaduhan itu sebagai "tindakan ganas ke atas tunjuk perasaan aman" dan sebuah "penghinaan kepada nilai-nilai (mulia) DC dan hak kami sebagai warga Amerika Syarikat."

Daripada 2 orang yang ditahan, tiada pekerja Erdogan yang ditangkap berhubung keganasan itu. Akan tetapi, pasukan polis DC berkata bahawa mereka akan cuba membawa keadilan ke atas sesiapapun yang bersalah di dalam insiden itu. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram