Para Pemimpin Republikan Dan Demokrat Cuba Pecah Belahkan Rusia: Penganalisis

  • News Code : 842669
  • Source : ABNA24
Brief

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berhadapan dengan "tentangan meluas" yang diselia oleh para elit daripada parti Republikan dan Demokrat yang kecewa terhadap percubaan beliau untuk membentuk hubungan yang lebih rapat dengan Rusia, kata seorang penganalisis warga A.S.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berhadapan dengan "tentangan meluas" yang diselia oleh para elit daripada parti Republikan dan Demokrat yang kecewa terhadap percubaan beliau untuk membentuk hubungan yang lebih rapat dengan Rusia, kata seorang penganalisis warga A.S.

Don DeBar, seorang penganalisis politik dan pengacara radio yang berpusat di New York pada hari Ahad memberitahu Press TV bahawa tunjuk perasaan anti-Trump dan lain-lain tindakan protes yang ditijukan kepada presiden baharu itu merupakan sebuah reaksi marah para Demokrat dan liberal yang pasti akan melakukan tindakan sedemikian jika seorang calon Republikan terpilih ke Rumah Putih.

Pada hari Sabtu, tunjuk perasaan anti-Trump dianjurkan di sekurang-kurangnya 20 buah bandar termasuk Atlanta, New York, Chicago, Phoenixm Washington, Boston, Portland dan Los Angeles.

"Majoriti peserta tunjuk perasaan adalah pengundi parti Demokrat yang marah kerana seorang (calon Presiden) Republikan menang, tanpa mengambil kira siapapun dia," katanya sambil menambah bahawa bekas Presiden Obama dan bekas Setiausaha Jabatan Negara Hillary Clinton juga akan menghadapi tentangan yang sama jika mereka datang daripada parti Republikan.

"Secara umumnya, parti dan pihak penganjur tidak akan menganjurkan tentangan yang meluas seperti ini dalam rangka melumpuhkan kemampuan presiden untuk bertindak. Akan tetapi, inilah yang mereka cuba lakukan," kata DeBar.

Penganalisis itu berkata bahawa para elit daripada kedua-dua parti bersikap sangat agresif dalam melemahkan pentadbiran Trump kerana "pendekatan beliau terhadap Rusia."

Menurutnya, terdapat ramai elit politik A.S yang mahu meneruskan polisi negara itu ke atas Rusia selepas era kejatuhan Kesatuan Soviet. Polisi itu berasaskan prinsip mahu "mencuri" dan "memecahkan Persekutuan Rusia" kepada bahagian yang lebih kecil supaya proses "menjarah" ekonomi negara itu akan menjadi lebih mudah. -Press TV

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram