PBB Beri Amaran Berhubung Campur Tangan Asing Di Venezuela

  • News Code : 848776
  • Source : ABNA24
Brief

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengatakan bahawa negara-negara Amerika Latin perlu dilindungi daripada campur tangan luar. Beliau membuat kenyataan itu selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengancam negara Venezuela dengan tindakan ketenteraan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengatakan bahawa negara-negara Amerika Latin perlu dilindungi daripada campur tangan luar. Beliau membuat kenyataan itu selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengancam negara Venezuela dengan tindakan ketenteraan.

Trump pada hari Jumaat lepas berkata pentadbirannya sedang mempertimbangkan beberapa langkah yang boleh diambil di negara Amerika Latin itu termasuk "tindakan ketenteraan yang mungkin jika (situasi) memerlukan" dalam rangka memperbaiki keadaan di Venezuela.

Selain daripada ditolak oleh Caracas, para pembangkang negara itu dan negara-negara Amerika Latin -sama ada sekutu Presiden Nicolas Maduro ataupun pengkritik kerasnya- telah menolak kenyataan tersebut.

Di dalam sidang akhbar yang berlangsung pada hari Rabu, Guterres berkata bahawa "Amerika Latin dengan usaha yang keras selama beberapa dekad yang lepas telah berjaya untuk membebaskan dirinya daripada campur tangan luar dan pemerintahan autokratik."

"Pelajaran (yang boleh diambil dariapada pengalaman) ini sangat penting untuk memastikan bahawa legasi ini akan terus dipertahankan -dan khususnya di Venezuela di mana kedua-dua aspek tersebut -campur tangan asing dan pemerintahan autokratik- (perlu dihindari)," tambahnya.

Beliau turut memanggil kesemua pihak yang terlibat untuk memulakan semula dialog di antara kerajaan dan pembangkang memandangkan Guterres percaya bahawa "hanya... sebuah penyelesaian politik berasaskan rundingan tersebut" yang mampu menamatkan ketegangan di antara kedua-dua pihak.

Guterres turut memuji usaha yang dilakukan oleh pihak perantara antarabangsa dan serantau yang ingin melihat dialog tersebut dimulakan semula. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram