Penasihat Keselamatan Dalam Negeri A.S Letak Jawatan

Penasihat Keselamatan Dalam Negeri A.S Letak Jawatan

Pentadbiran Presiden Donald Trump dikejutkan dengan peletakan jawatan penasihat keselamatan dalam negeri, Tom Bossert, hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pentadbiran Presiden Donald Trump dikejutkan dengan peletakan jawatan penasihat keselamatan dalam negeri, Tom Bossert, hari ini.

"Presiden berterima kasih dengan komitmen Tom kepada keselamatan negara," kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sarah Sanders, berhubung peletakan jawatan itu.

Pengumuman dibuat sehari selepas John Bolton mengambil alih jawatan penasihat keselamatan negara keempat Trump.

Bossert menjadi penasihat Trump dalam menangani isu keganasan, bencana kebangsaan serta serangan siber. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky