Perintah Eksekutif Trump Dicabar Lagi

  • News Code : 818224
  • Source : Utusan
Brief

Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) di sini semalam menangguhkan sementara perintah eksekutif Presiden Donald Trump yang melarang kemasukan pelarian serta penduduk daripada enam negara majoriti Islam ke AS.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) di sini semalam menangguhkan sementara perintah eksekutif Presiden Donald Trump yang melarang kemasukan pelarian serta penduduk daripada enam negara majoriti Islam ke AS.

Hakim Daerah, Derrick Watson berkata, Hawaii mendapati perintah Trump mungkin menyebabkan isu terbabit menjadi lebih sukar untuk ‘ditangani’ jika diteruskan.

Hawaii merupakan negeri pertama di AS yang mengeluarkan arahan untuk mencabar larangan tersebut sebelum diikuti dua lagi negeri iaitu Washington dan Maryland.

Mahkamah Hawaii bagaimanapun mungkin tidak akan mengekalkan keputusan mereka berhubung perkara itu dalam sesi rayuan hari ini.

Langkah Hawaii itu secara tidak langsung membolehkan larangan tersebut diteruskan walau apa tindakan yang diambil oleh White House terhadap mereka.

Dalam pada itu, Trump dilaporkan bersedia menentang keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut yang menghentikan pindaan larangan sementara terhadap perintah eksekutif ber­kenaan.

Sambil menyifatkan keputusan hakim terbabit ‘melampaui batas’, Trump berikrar untuk membawa kes tersebut ke peringkat lebih tinggi iaitu hingga ke Mahkamah Agung.

“Kita mungkin memenanginya (jika dibawa ke peringkat tersebut),” katanya dalam satu perhimpunan di Nashville, Tennessee.

Tambah Trump, undang-undang Perlembagaan memberi Presiden kuasa untuk menggantung kemasukan imigresen apabila difikirkan berfaedah terhadap kepentingan negara.

Selain Iran, lima lagi negara yang berdepan larangan itu termasuk Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yemen. – AFP/AGENSI


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram