Polisi Trump Asingkan A.S Dari Sekutu Tradisional Mereka: Penganalisis

  • News Code : 841493
  • Source : ABNA24
Brief

Polisi "perlindungan" yang diambil oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berhubung perdagangan, perubahan cuaca dan beberapa isu lain akan terus mengasingkan A.S daripada sekutu tradisi mereka dan negara-negara lain, kata seorang penganalisis A.S.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Polisi "perlindungan" yang diambil oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berhubung perdagangan, perubahan cuaca dan beberapa isu lain akan terus mengasingkan A.S daripada sekutu tradisi mereka dan negara-negara lain, kata seorang penganalisis A.S.

Keith Preston yang merupakan pengarah pertubuhan AttacktheSystem.org mengatakan bahawa persidangan tahunan G20 memberikan gambaran jelas berkenaan masa hadapan hubungan Washington dengan sekutu mereka di bawah pentadbiran Trump.

Sepanjang mesyuarat hari Jumaat, terdapat pertembungan di antara A.S dan sekutunya. Bahkan wujud juga perbincangan berkenaan perang perdagangan trans-atlantik. Ketegangan tersebut merupakan natijah daripada perpisahan Trump dengan polisi yang pernah diamalkan oleh pendahulunya di Rumah Putih.

Pengasingan Trump menjadi lebih jelas apabila dilihat di dalam konteks perdagangan. Pentadbiran Trump telah mengusulkan untuk menaikkan tarif ke atas besi dan beberapa produk import lain yang datang dari beberapa negara lain.

Sebagai respon, pihak Eropah mengancam untuk memperkenalkan tarif mereka sendiri.

"Jelas bahawa pentadbiran Trump sedang cuba untuk menjauhkan diri mereka daripada polisi yang pernah diamalkan oleh pentadbiran terdahulu," kata Preston kepada Press TV. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram