Rasuah Berleluasa Pada Era Trump

Rasuah Berleluasa Pada Era Trump

Rakyat Amerika Syarikat (AS) percaya, amalan rasuah semakin berleluasa sejak Presiden Donald Trump mengambil alih pentadbiran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rakyat Amerika Syarikat (AS) percaya, amalan rasuah semakin berleluasa sejak Presiden Donald Trump mengambil alih pentadbiran.

Menurut pemerhati rasuah global, Transparency International, enam daripada 10 yang ditemubual percaya, amalan rasuah meningkat sejak 12 bulan lalu, berbanding satu pertiga pada Januari 2016.

Dalam tinjauan terbaharu itu, 44 peratus rakyat AS berkata, rasuah endemik di Rumah Putih, meningkat lapan peratus dan mengatasi Kongres sebagai sebahagian kerajaan yang dilabel paling kerap berlaku rasuah.

"Pegawai yang dipilih gagal membina kepercayaan orang ramai terhadap keupayaan Washington untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Ia dilihat hanya mewakili kepentingan elit korporat," kata wakil Transparencey di AS, Zoe Reiter, dalam satu kenyataan.

Sementara itu, tujuh daripada 10 orang juga percaya, kerajaan gagal memerangi rasuah, meningkat berbanding separuh responden yang ditemubual pada 2016.

Pentadbiran Trump berjanji mengekang aktiviti melobi, namun beliau sendiri dilihat gagal mengasingkan diri daripada empayar perniagaan globalnya.

Pengkritik berkata, konflik kepentingan tidak pernah berlaku sebelum ini.

Transparency berkata, tinjauannya adalah berdasarkan temu bual telefon dibantu komputer membabitkan 1,005 dewasa, yang dijalankan antara Oktober dan November lalu. - AFP


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky