Ribuan Sertai Perarakan Antiperkauman Boston

  • News Code : 849466
  • Source : Berita Harian
Brief

Ribuan penunjuk perasaan antiperkauman membanjiri jalan raya di Boston, jauh lebih ramai mengatasi perhimpunan pelampau kulit putih di bandar itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ribuan penunjuk perasaan antiperkauman membanjiri jalan raya di Boston, jauh lebih ramai mengatasi perhimpunan pelampau kulit putih di bandar itu.

Keadaan itu mencetuskan pergelutan dengan polis, namun tiada keganasan serius dilaporkan seperti di Virginia, seminggu lalu.

Perhimpunan hak kebebasan bersuara oleh kumpulan berhaluan kanan dijadual berlangsung sehingga jam 2 petang waktu tempatan, tetapi polis mengiringi hanya sekumpulan kecil peserta melepasi penunjuk perasaan antiperkauman dengan selamat kira-kira setengah jam lebih awal.

Pandangan dari udara menunjukkan kumpulan antiperkauman memenuhi sebuah jalan di Boston sejauh beberapa blok.

Keganasan di Charlottesville, Virginia minggu lalu tidak berlaku di Boston, tetapi pergelutan kecil antara polis dan penunjuk perasaan memaksa Trump memuat naik mesej di Twitter dan memberi amaran terhadap sebagai provokasi kepada polis di bandar itu.

Pesuruhjaya Polis Boston, William Evans, menjangkakan 40,000 menyertai perarakan itu.

"Ada yang datang untuk mencetuskan masalah, namun keseluruhannya anggota jabatan kami dan beberapa agensi lain berjaya membantu dalam menenangkan keadaan," kata Evans dalam satu sidang media.

Evans berkata, sebanyak 27 penahanan dibuat dengan kebanyakannya untuk kesalahan serangan dan mengasari polis serta kelakuan di luar kawalan. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram