Rumah Putih Minta Maaf Kepada UK Berikutan Dakwaan Intip Trump

  • News Code : 818436
  • Source : ABNA24
Brief

Rumah Putih dilaporkan telah memohon maaf secara rasmi kepada UK berikutan dakwaan yang dibuat oleh mereka ke atas Agensi Perisikan British yang dikatakan bekerjasama dengan pentadbiran Obama untuk mengintip Menara Trump.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rumah Putih dilaporkan telah memohon maaf secara rasmi kepada UK berikutan dakwaan yang dibuat oleh mereka ke atas Agensi Perisikan British yang dikatakan bekerjasama dengan pentadbiran Obama untuk mengintip Menara Trump.

Dakwaan berhubung persengkokolan di antara Ibu Pejabat Komunikasi Kerajaan UK dan pentadbiran Obama mula-mula diutarakan oleh Hakim Andrew Napolitano di dalam Fox News.

"Tiga orang sumber perisikan turut memberitahu Fox News bahawa Presiden Obama telah bertindak di luar rantaian perintah. Dia tidak menggunakan NSA, dia tidak menggunakan CIA, dia tidak menggunakan FBI dan dia tidak menggunakan Jabatan Kehakiman," kata hakim itu.

"Dia telah menggunakan GCHQ. Apakah (GCHQ) itu? Ia adalah singkatan untuk agensi pencarian maklumat perisikan British," tambahnya lagi.

Dakwaan itu kemudiannya diulang pada hari Khamis oleh jurucakap Rumah Putih, Sean Spicer semasa sesi penerangan media.

"Tiga orang sumber perisikan turut memberitahu Fox News bahawa Presiden Obama telah bertindak di luar rantaian perintah. Dia tidak menggunakan NSA - dia tidak menggunakan CIA, dia tidak menggunakan FBI dan dia tidak menggunakan Jabatan Kehakiman - dia telah menggunakan GCHQ," Sean Spicer memberitahu wartawan.

Tidak lama kemudian GCHQ kemudiannya mengeluarkan kenyataan awam sambil berkata bahawa "dakwaan terkini yang dibuat oleh pengulas media, Hakim Andrew Napolitano berhubung permintaan yang dibuat (oleh pentadbiran Obama) kepada GCHQ untuk mengintip presiden terpilih adalah tidak masuk akal. Perkara itu mengarut dan tidak sepatutnya dihiraukan."

Akhbar The Telegraph pada hari Jumaat melaporkan bahawa Sean Spicer dan Jeneral H.R McMaster -Penasihat Keselamatan Kebangsaan A.S- telahpun memohon maaf secara langsung berikutan dakwaan itu.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram