Rumah Putih Nafi Trump Tidak Endahkan Merkel

  • News Code : 818764
  • Source : Berita Harian
Brief

Jurucakap Presiden Donald Trump menafikan beliau enggan berjabat tangan dengan Angela Merkel ketika Canselor Jerman itu mengunjungi Rumah Putih, minggu lalu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jurucakap Presiden Donald Trump menafikan beliau enggan berjabat tangan dengan Angela Merkel ketika Canselor Jerman itu mengunjungi Rumah Putih, minggu lalu.

"Saya rasa beliau tidak mendengar soalan dikemukakan Merkel yang mencadangkan mereka berjabat tangan, di depan kamera," kata Sean Spicer kepada akhbar mingguan Jerman, Der Spiegel yang diterbitkan hari ini.

Merkel tiba untuk pertemuan pertamanya dengan Trump di Rumah Putih, dengan harapan memulihkan hubungan dingin selepas retorik pilihan raya Trump, yang menyifatkan keterbukaan Canselor Jerman itu terhadap pelarian adalah 'kesilapan besar' dan beliau 'menghancurkan Jerman.'

Lawatan pada Jumaat lalu bermula mesra, dengan kedua-dua pemimpin berjabat tangan di pintu masuk Rumah Putih. Namun, ketika duduk sebelah menyebelah di Pejabat Oval, cadangan Merkel untuk berjabat tangan sekali lagi tidak didengari atau tidak diendahkan Trump.

Media Jerman merujuk kejadian itu sebagai satu lagi petunjuk kedinginan antara Merkel dan Trump.

Dalam sidang akhbar bersama di Bilik Timur, Trump dan Merkel tidak menunjukkan banyak persamaan ketika mereka membincangkan beberapa isu penting, termasuk Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), peruntukan pertahanan dan perjanjian perdagangan bebas. -AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram