Rusia Maklum Mahu Kurangkan Lagi Jumlah Diplomat A.S

  • News Code : 859842
  • Source : Sinar Harian
Brief

Kementerian Luar Rusia memaklumkan Moscow mungkin akan mengarahkan Washington untuk mengurangkan jumlah diplomat mereka kepada 300 orang atau dikurangkan lagi di bawah langkah tit-fot-tat terhadap Amerika Syarikat (AS).

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kementerian Luar Rusia memaklumkan Moscow mungkin akan mengarahkan Washington untuk mengurangkan jumlah diplomat mereka kepada 300 orang atau dikurangkan lagi di bawah langkah tit-fot-tat terhadap Amerika Syarikat (AS).

Kenyataan itu dibuat, semalam oleh Ketua Jabatan Amerika Utara di Kementerian Luar, Georgy Borisenko ketika diwawancara agensi berita RIA.

Jelasnya, keputusan itu adalah respons kepada penutupan misi diplomatik Rusia di seluruh AS termasuk konsulat di San Francisco pada bulan lalu.

Sebelum ini, Moscow pernah mengarahkan Washington supaya mengurangkan jumlah kakitangan diplomatik dan teknikal mereka di seluruh Moscow kepada hampir 60 peratus atau 455 orang ketika insiden pengusiran 35 diplomat Rusia menjelang hari terakhir pentadbiran bekas Presiden Barack Obama pada Disember lalu.

Langkah itu disusuli dengan sekatan baharu yang dikenakan Kongres AS ke atas Moscow pada awal Julai lalu, lapor Press TV.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram