Russia Tuntut AS Pulangkan Bendera

  • News Code : 859840
  • Source : Berita Harian
Brief

Russia membuat bantahan terhadap Amerika Syarikat (AS) selepas mendakwa bendera Russia dicuri dari konsulatnya di San Francisco tetapi dinafikan oleh Washington.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Russia membuat bantahan terhadap Amerika Syarikat (AS) selepas mendakwa bendera Russia dicuri dari konsulatnya di San Francisco tetapi dinafikan oleh Washington.

Kakitangan Russia meninggalkan konsulat itu bulan lalu selepas Washington mengarahkan Moscow mengosongkan premis diplomatiknya, sebahagian daripada siri tindak balas berikutan hubungan yang hambar antara kedua-dua negara.

Sejak itu, pegawai AS mula mengambil alih bahagian pentadbiran premis berkenaan.

Minggu lalu, Russia mendakwa AS memecah masuk ke kawasan kediaman dan mengancam tindak balas terhadap apa yang disifatkan sebagai tindakan haram.

"Kami menuntut pihak berkuasa AS untuk memulangkan simbol negara kami," kata kedutaan Russia ke AS, di akaun Twitter rasminya.

Jabatan Negara AS memberi penjelasan berbeza.

"Semua bendera di bekas premis konsulat Russia di San Francisco diturunkan dan disimpan dengan baik di dalam setiap bangunan," kata pegawai Jabatan Negeri AS.

Kedutaan Russia di Washington gagal dihubungi untuk mengulas lanjut. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram