Saya Bukan Subjek Siasatan FBI - Trump

  • News Code : 829416
  • Source : Berita Harian
Brief

Presiden Donald Trump menegaskan beliau bukan sasaran dalam siasatan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), yang menyaksikan Pengarahnya dipecat, Selasa lalu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Donald Trump menegaskan beliau bukan sasaran dalam siasatan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), yang menyaksikan Pengarahnya dipecat, Selasa lalu.

Dalam temu bual dengan NBC, Trump mengakui beliau bertanyakan perkara itu kepada James Comey, yang mengetuai siasatan mengenai pengaruh Russia pada pilihan raya 2016.

"Apabila memutuskan untuk berbuat demikian, saya katakan pada diri sendiri, perkara Russia dengan Trump dan Russia adalah cerita dibuat-buat," katanya dalam temu bual dengan NBC, mengaitkan pemecatan Comey dengan siasatan itu.

Trump bertanya James Comey sama ada beliau menjadi subjek siasatan, dua kali dalam perbualan telefon dan sekali ketika majlis makan malam di Rumah Putih.

"Saya memang bertanya beliau. Saya berkata, 'Boleh anda beritahu, adakah saya disiasat? "Katanya, 'anda tidak disiasat'. Apa yang saya boleh katakan adalah saya tahu saya tidak disiasat.

"Saya tidak bercakap mengenai kempen. Saya tidak disiasat," kata Trump. Kenyataan Trump itu meningkatkan persoalan mengenai sama ada beliau bertindak secara tidak wajar dan sama ada Comey melanggar garis panduan kerajaan. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram