Sekutu A.S Lancar Peluru Patriot Berharga USD 7 Juta Untuk Musnahkan Dron Berharga USD 200

  • News Code : 818480
  • Source : ABNA24
Brief

Menurut laporan, dron komersial telah mendatangkan masalah kepada tentera daripada negara-negara Barat memandangkan mereka masih belum mempunyai sebarang sistem yang mampu menanganinya dengan cermat. Oleh kerana itu, apabila berhadapan dengan dron-dron tersebut, tentera-tentera NATO bergantung kepada sistem-sistem anti-pesawat yang sedia ada.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut laporan, dron komersial telah mendatangkan masalah kepada tentera daripada negara-negara Barat memandangkan mereka masih belum mempunyai sebarang sistem yang mampu menanganinya dengan cermat. Oleh kerana itu, apabila berhadapan dengan dron-dron tersebut, tentera-tentera NATO bergantung kepada sistem-sistem anti-pesawat yang sedia ada.

Menurut laporan Sputnik, dron komersial yang murah mempunyai kemampuan yang memadai untuk melancarkan operasi pengintipan ataupun -seperti yang dibuktikan oleh kumpulan pengganas Takfiri Daesh- menjatuhkan bom tangan ke atas kedudukan tentera musuh.

Masalah yang timbul adalah kos kepada solusi ini. Menurut laporan media, harga sebuah dron komersial bergred sederhana adalah sekitar USD 200 manakala harga sebuah peluru berpandu yang sedia ada adalah jauh lebih tinggi daripada itu.

Menurut fakta yang tersedia, pilihan terbaik di dalam menembak jatuh sebuah dron yang ada di pasaran pada hari ini adalah peluru berpandu Stinger AA yang berharga USD 40,000. Peluru berpandu itu sebenarnya direka untuk memusnahkan helikopter Soviet yang berharga beberapa juta dolar sekaligus menjadikannya sebuah penyelesaian yang mudah dan murah. Akan tetapi, apabila dibandingkan dengan dron-dron komersial ini, Stinger bukanlah sebuah solusi yang bijak mahupun cermat.

Beberapa buah negara -yang dilaporkan sebagai sekutu A.S- telah pergi lebih jauh dengan membidik peluru berpandu Patriot ke arah dron-dron ini. Harga sebuah peluru berpandu Patriot adalah sekitar USD 3 juta sekaligus menjadikannya sebuah solusi yang tidak masuk akal. Perkara itu utarakan oleh seorang Jeneral Tentera A.S, David Perkins ketika memberikan ucapan di sebuah simposium yang dianjurkan di Alabama.

Jeneral Perkins walau bagaimanapun tidak mendedahkan nama negara tersebut.

/315


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram