Senat A.S Lulus Sekatan Baharu Ke Atas Rusia

  • News Code : 844611
  • Source : Berita Harian
Brief

Senat Amerika Syarikat (AS) sebulat suara meluluskan sekatan baharu ke atas Russia, sekali gus meletakkan Presiden Donald Trump dalam kedudukan sukar.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Senat Amerika Syarikat (AS) sebulat suara meluluskan sekatan baharu ke atas Russia, sekali gus meletakkan Presiden Donald Trump dalam kedudukan sukar.

Trump terpaksa memilih sama ada mengambil tindakan tegas atau menolak undang-undang itu yang mungkin menimbulkan kemarahan parti Republikan.

Rang undang-undang itu memusnahkan harapan Trump untuk membina hubungan lebih baik dengan Russia, ketika pentadbirannya disiasat susulan campur tangan Russia pada Pilihan Raya Presiden 2016.

Presiden Vladimir Putin yang berulang kali menolak dakwaan agensi risikan AS bahawa Moscow campur tangan menerusi kaedah perang siber, mengancam untuk bertindak balas terhadap undang-undang itu.

Senat menyokong rang undang-undang itu yang turut mengenakan sekatan ke atas Iran dan Korea Utara dengan 98 undi menyokong dan dua menolak.

Difahamkan, ramai ahli parti Republikan meluluskannya, selain ahli Demokrat.

Rang undang-undang itu membenarkan Kongres menghentikan segala usaha Trump untuk memansuhkan sekatan sedia ada ke atas Russia dan ia akan dihantar ke Rumah Putih untuk ditandatangani Trump sebelum dikuatkuasakan.

Ia adalah dasar luar negara pertama diluluskan Kongres dalam era Trump yang kini bergelut dengan pelbagai agenda domestik, walaupun Republikan mengawal Senat dan Dewan Perwakilan.

Sokongan kuat tanpa mengira parti untuk rang undang-undang itu amat berbeza dengan kebuntuan ketika perdebatan mengenai bagaimana untuk menyusun semula sistem penjagaan kesihatan di AS.

Jika Trump memilih menolaknya dengan kuasa veto, rang undang-undang itu dijangka meraih sokongan cukup dalam kedua-dua dewan untuk melangkaui kuasa veto dan dikuatkuasakan. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram