'S***Hole' Dipancar Ke Hotel Trump

'S***Hole' Dipancar Ke Hotel Trump

Beberapa hari selepas Presiden Donald Trump menggunakan perkataan ‘s***hole' terhadap negara Afrika, terutama Haiti dan El Salvador, sekumpulan pembantah memancarkan perkataan itu pada dinding hotelnya di Washington DC.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Beberapa hari selepas Presiden Donald Trump menggunakan perkataan ‘s***hole' terhadap negara Afrika, terutama Haiti dan El Salvador, sekumpulan pembantah memancarkan perkataan itu pada dinding hotelnya di Washington DC.

Trump mengeluarkan kata-kata itu - yang kemudian dinafikannya - ketika mesyuarat mengenai isu pendatng di Rumah Putih minggu lalu.

'NOT A DC RESIDENT? NEED A PLACE TO STAY? TRY OUR S***HOLE. THIS PLACE IS A S***HOLE,' kata tulisan yang dipancarkan pada dinding di atas pintu masuk Trump International Hotel seperti disiarkan dalam satu klip video.

Menurut Daily Mail, satu klip lain menunjukkan perkataan 'S***HOLE' di atas pintu masuk bersama anak panah menunjuk ke pintu.

Video terbabit disiarkan di akaun Twitter Robin Bell serta laman webnya, Bell Visuals.

Ia sudah ditonton lebih dua juta kali dan dikongsi 5,000 kali.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky