Sudan, Somalia, Libya Kekal Perintah Larangan AS

Sudan, Somalia, Libya Kekal Perintah Larangan AS

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menandatangani larangan perjalanan yang telah disemak semula ke atas enam negara majoriti Islam daripada memasuki AS.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menandatangani larangan perjalanan yang telah disemak semula ke atas enam negara majoriti Islam daripada memasuki AS.

Tiga negara Afrika iaitu Somalia, Sudan dan Libya kekal dalam senarai dan larangan itu dijangka berkuatkuasa selepas 10 hari.

Terdahulu, larangan perjalanan untuk tujuh negara ditolak hakim persekutuan menyebabkan pentadbiran Trump menyemak semula perintah larangan perjalanan.

Tempoh 10 hari itu dikatakan sesuai untuk mengelakkan keadaan hura-hura di lapangan terbang AS selepas larangan pertama berkuatkuasa.

Larangan perjalanan disemak semula menyaksikan Iraq dikeluarkan daripada senarai.

Selain tiga negara Afrika itu Syria, Yaman dan Iran turut kekal dalam senarai.

Menurut Rumah Putih Trump menandatangani perintah larangan itu secara tertutup pada Isnin pagi. Trump sebelum ini turut menandatangani arahan membekukan visa kepada rakyat Syria, Iran, Libya, Somalia, Yaman dan Sudan.

Perintah larangan itu menggantung kedatangan pelarian untuk sekurang-kurangnya 120 hari.

Semakan semula perintan larangan itu berkuatkuasa pada 16 Mac dan enam negara itu disasarkan AS kerana kemampuan menyaring dan maklumat tidak memenuhi syarat keselamatan AS.

Di bawah perintah larangan sebelum ini sebanyak 60,000 visa telah dibatalkan oleh Jabatan Negara AS dan ratusan pelawat dilaporkan ditahan di lapangan terbang AS. - Bernama


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky