Suspek Pengeboman Texas Letupkan Diri

Suspek Pengeboman Texas Letupkan Diri

Penganggur lelaki berusia 24 tahun, yang disyaki menjadi dalang serangan bom, meletupkan dirinya di tepi lebuh raya ketika cuba ditahan polis.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Penganggur lelaki berusia 24 tahun, yang disyaki menjadi dalang serangan bom, meletupkan dirinya di tepi lebuh raya ketika cuba ditahan polis.

Suspek disyaki menjadi dalang serangan bom di Texas, yang mengorbankan dua orang dan mencederakan lima mangsa lain.

Polis mengekori suspek itu ke sebuah hotel kira-kira 32 kilometer di utara ibu negeri Austin dan suspek tiba-tiba menghentikan kereta dipandunya di tepi jalan dan meletupkan dirinya sendiri.

Ketua Polis Austin, Brian Manley, berkata suspek maut akibat cedera parah.

Beliau enggan menamakan suspek itu kecuali memaklumkan suspek berkulit putih.

Terdahulu, Gabenor Greg Abbott memberitahu Fox News, pihak berkuasa mengesan suspek selama dua hari dan mengekorinya ke sebuah hotel di Round Rock, Texas, tidak jauh dari rumahnya di Pflugerville. - REUTERS


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky