Syarikat Minyak Sertai Presiden Trump Tentang Usul Sekatan Baru Ka Atas Rusia

  • News Code : 840500
  • Source : ABNA24
Brief

Syarikat pembekal bahan api gergasi Amerika Syarikat seperti Exxon dan Chevron Corp bergabung tenaga dengan Presiden Donald Trump untuk menolak usul baharu yang bertujuan untuk memperketatkan sekatan ke ata Persekutuan Rusia, baca sebuah laporan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Syarikat pembekal bahan api gergasi Amerika Syarikat seperti Exxon dan Chevron Corp bergabung tenaga dengan Presiden Donald Trump untuk menolak usul baharu yang bertujuan untuk memperketatkan sekatan ke ata Persekutuan Rusia, baca sebuah laporan.

Syarikat minyak gergasi itu dikatakan telah memaklumkan kepada Kongres A.S yang dikuasai oleh Parti Republikan bahawa usul itu boleh memberikan kesan buruk yang lebih banyak kepada syarikat Amerika Syarikat berbanding syarikat-syarikat luar," lapor Wall Street Journal pada hari Selasa.

Menurut para penilai, langkah itu akan hanya menguntunngkan Moscow dengan menutup kesemua projek minyak dan gas yang melibatkan rakan niaga Rusia di seluruh dunia.

Dewan Senat pada Jun lepas dengan mudah meluluskan sebuah usul untuk memperketatkan sekatan ke atas Rusia di sebalik pendekatan mesra Presiden Trump terhadap Moscow.

Trump dilihat sebagai seorang presiden yang paling mesra dengan Rusia sepanjang sejarah negara itu dan beliau berikrar untuk memperbaiki hubungan dengan Kremlin.

"Perkara ini mempunyai kesan yang mendalam ke atas pelbagai syarikat dan industri (di A.S)," kata Pengarah Eksekutif American Petroleum Institute, Jack Gerard kepada Journal.

"Usul ini mempunyai potensi untuk merosakkan kepentingan A.S dan memberikan kelebihan kepada Rusia."

Usul itu walau bagaimanapun dijangka akan diluluskan oleh Kongres selepas para penggubal undang-undang A.S pulang daripada cuti 4 Julai. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram