Tanpa Sokongan A.S, Raja Salman Turun Takhta

Tanpa Sokongan A.S, Raja Salman Turun Takhta

Sikap bodoh sombong Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semakin menjadi-jadi apabila beliau membuat kenyataan tidak diplomatik mengenai hubungan baiknya dengan pemimpin Arab Saudi, Raja Salman.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sikap bodoh sombong Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semakin menjadi-jadi apabila beliau membuat kenyataan tidak diplomatik mengenai hubungan baiknya dengan pemimpin Arab Saudi, Raja Salman.

Trump semasa perhimpunan di Southaven, Mississippi semalam berkata, Raja Salman hanya mampu berkuasa selama dua minggu tanpa sokongan tentera AS.

"Kami melindungi Arab Saudi bukan sebab mereka kaya atau saya menyukai Raja Salman.

"Saya katakan kepadanya, dia mungkin bertahan selama dua minggu tanpa sokongan kami," kata Trump sambil mendapat tepukan gemuruh penyokongnya.

Trump bagaimanapun tidak mengulas lanjut bila beliau membuat kenyataan itu kepada Raja Salman.

Minggu lalu, Trump menjadi bahan ketawa pemimpin dunia dan delegasi semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.

Trump membuat kenyataan 'masuk bakul angkat sendiri' apabila memuji pentadbirannya sebagai paling cekap dalam sejarah AS.

Hadirin yang mendengar ucapan itu bagaimanapun tidak memberi tepukan sebaliknya mentertawakan Trump. - Agensi


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky