Tillerson Ulangi Tuduhan Washington Terhadap Tehran

  • News Code : 845606
  • Source : ABNA24
Brief

Setiausaha Jabatan Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson mengulangi tuduhan pentadbiran Presiden Donald Trump terhadap negara Republik Islam Iran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha Jabatan Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson mengulangi tuduhan pentadbiran Presiden Donald Trump terhadap negara Republik Islam Iran.

Ketua diplomat A.S itu menuduh Tehran mencabuli semangat perjanjian nuklear yang ditandatangani oleh Iran dan negara anggota kumpulan P5+1. Tillerson membuat kenyataan itu ketika bercakap dengan para pemberita di pejabat Jabatan Negara A.S pada hari Selasa.

A.S baru-baru ini telah memperkenalkan sekatan baharu ke atas Iran dengan menjadikan program balistik Tehran sebagai alasannya. Mereka juga menuduh Tehran cuba mengganggu kestabilan rantau Timur Tengah.

Tuduhan itu dibuat walaupun Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah beberapa mengesahkan kerjasama penuh Tehran di dalam melaksanakan tanggungjawab mereka berasaskan perjanjian nuklear tersebut.

Tillerson yang merupakan bekas Pengarah Eksekutif kumpulan ExxonMobil berkata bahawa beliau akan menangani apa yang disifatkannya sebagai polisi 'peluasan' Tehran melalui peningkatan kerjasama dengan sekutu Washington di rantau Timur Tengah.

Iran di sebalik tuduhan A.S meneruskan usahanya memerangi kumpulan pengganas Takfiri yang disokong oleh sekutu-sekutu Washington sendiri di rantau itu.

Tehran juga mengecam sekatan terbaharu Washington sambil mengatakan bahawa tindakan itu secara terang-terangan mencabuli perjanjian nuklear di antara Iran dan kumpulan P5+1. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram