Timbalan Peguam Negara A.S Cadang Jatuhkan Trump

Timbalan Peguam Negara A.S Cadang Jatuhkan Trump

Donald Trump menghadapi cabaran baru sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) selepas media tempatan melaporkan , Timbalan Peguam Negara, Rod Rosenstein, mengadakan perbincangan bagaimana untuk memaksa beliau meletak jawatan atas alasan tidak berupaya mentadbir dengan baik.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Donald Trump menghadapi cabaran baru sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) selepas media tempatan melaporkan , Timbalan Peguam Negara, Rod Rosenstein, mengadakan perbincangan bagaimana untuk memaksa beliau meletak jawatan atas alasan tidak berupaya mentadbir dengan baik.

Ia merupakan kejutan terkini selepas akhbar New York Times (NYT) dan Washington Post melaporkan bahawa Rosenstein menyarankan pada Mei tahun lalu, untuk melakukan rakaman sulit terhadap Trump bagi menunjukkan ketidakcekapan pentadbirannya.

Rosenstein juga mengesyorkan supaya rakaman itu dijadikan bukti untuk menjatuhkan Trump secara rasmi.

Sebagai orang nombor dua di Jabatan Kehakiman, Rosenstein mengawasi siasatan sama ada kemenangan Trump dalam pilihan raya 2016 adalah hasil pakatan dengan Rusia untuk mengalahkan pencabar Demokrat, Hillary Clinton.

Bagaimanapun, anak lelaki Trump, Donald Trump Jr, menyifatkan laporan itu sebagai bukti bahawa ada di kalangan pegawai presiden yang tidak setia kepada bapanya.

Dalam satu tweet merujuk kepada artikel NYT, dia berkata: “Apakah lagi yang perlu kita rasa terkejut? Tiada siapa terkejut bahawa ada orang yang akan sedaya upaya menjejaskan kedudukan @realdonaldtrump.”

Sekutu Trump dalam Parti Republikan, Mike Huckabee menggesa Peguam Negara, Jeff Sessions supaya memecat Rosenstein, atau mencadangkan Trump memecat kedua-dua mereka jika Sessions enggan berbuat demikian. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky