Trump Batal Dasar Perancangan Keluarga Obamacare

  • News Code : 858704
  • Source : Berita Harian
Brief

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terus dilanda kontroversi apabila membatalkan dasar perancang keluarga yang diperkenalkan Barack Obama, termasuk kemungkinan menghentikan bekalan pil perancang untuk pekerja wanita negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terus dilanda kontroversi apabila membatalkan dasar perancang keluarga yang diperkenalkan Barack Obama, termasuk kemungkinan menghentikan bekalan pil perancang untuk pekerja wanita negara itu.

Langkah yang diputuskan semalam sudah dipanjangkan kepada semua syarikat komersial dengan pengecualian diberikan terhadap institusi keagamaan.

Ia menimbulkan kemarahan banyak pihak termasuk kumpulan hak asasi manusia, pakar kesihatan, penyokong Demokrat dan rakyat serta Kesatuan Kebebasan Awam Amerika Syarikat yang mengancam untuk memfailkan tindakan undang-undang.

Sejurus diumumkan, hashtag #HandsOffMyBC turut trending di media sosial Twitter namun menurut Rumah Putih, ia hanya satu dari prinsip toleransi keagamaan yang mahu diperkasakan di negara berkenaan.

Keputusan itu dilihat bakal memberi kesan besar terhadap jutaan wanita di AS yang selama ini menerima bayaran balik untuk setiap pil perancang menerusi Obamacare.

Obamacare menerima banyak cabaran termasuk sehingga ke Mahkamah Agung AS yang akhirnya membenarkan syarikat swasta diberi kebebasan memilih tidak membekalkan pil perancang kepada pekerja wanita atas faktor agama.

Mei lalu, Trump menandatangani dekri di bawah prinsip kebebasan beragama, sekali gus mengarahkan jentera pentadbirannya untuk mengambil kira setiap bantahan berhubung isu pencegahan kehamilan. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram