Trump Batal Lawatan Ke London

Trump Batal Lawatan Ke London

Presiden Donald Trump, hari ini mengumumkan tidak akan menghadiri pembukaan kedutaan baru Amerika Syarikat di ibu kota Britain itu, langkah yang disambut baik pengkritik yang merancang mengadakan bantahan besar-besaran.

AGensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Donald Trump, hari ini mengumumkan tidak akan menghadiri pembukaan kedutaan baru Amerika Syarikat di ibu kota Britain itu, langkah yang disambut baik pengkritik yang merancang mengadakan bantahan besar-besaran.

Beliau menulis dalam Twitter bahawa tidak menyertai lawatan yang awalnya dijadualkan bulan depan, kerana tidak menyukai lokasi dan harga bangunan baru itu.

"Punca saya membatalkan lawatan ke London adalah kerana tidak suka dengan pentadbiran bekas Presiden Barack Obama menjual lokasi terbaik dan kedutaan paling elok di London pada harga murah dan membina yang baru di lokasi terpinggir bernilai AS$1.2 bilion (RM4.77 bilion).

"Perjanjian yang teruk. Mahukan saya memotong riben - TIDAK?" tulisnya.

Ada spekulasi lawatan itu digabungkan dengan lawatan negara ke Britain susulan jemputan dikemukakan Perdana Menteri Britain, Theresa May, yang mendapat tentangan hebat penduduk awan dan ahli politik pembangkang.

Jurucakap pejabat May di Downing Street, hari ini berkata lawatan negara tidak berubah, walaupun tarikhnya belum ditetapkan.

Tentangan kepada lawatan Trump pada awalnya bertumpu kepada larangan kemasukan ke atas negara majoriti Islam dan baru-baru ini, video anti-Islam disiarkan pertubuhan berhaluan kanan, Britain First, yang ditweet semula oleh Trump. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky