Trump Galakkan Keganasan Ke Atas Muslim Selepas Serangan Di Barcelona

  • News Code : 848986
  • Source : ABNA24
Brief

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengatakan bahawa sebahagian kaum Muslim perlu dibunuh dengan peluru yang telah direndam di dalam darah khinzir. Beliau membuat kenyataan itu beberapa jam selepas serangan pengganas melanda bandar Barcelona yang terletak di Sepanyol.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengatakan bahawa sebahagian kaum Muslim perlu dibunuh dengan peluru yang telah direndam di dalam darah khinzir. Beliau membuat kenyataan itu beberapa jam selepas serangan pengganas melanda bandar Barcelona yang terletak di Sepanyol.

"Kajilah apa yang telah dilakukan oleh Jeneral Pershing dari A.S ke atas para pengganas yang ditangkapnya," tulis Trump di laman sosialnya pada hari Khamis. "Tiada lagi Islam radikal untuk tempoh 25 tahun (selepas tindakan Pershing)!"

Kenyataan Trump itu dibuat dengan merujuk kepada sebuah cerita berhubung tindakan Jeneral Pershing ketika mengendalikan tahanan Muslim semasa Pemberontakan Moro (1899-1913) di Filipina. Pemberontakan itu melibatkan bangsa Muslim Moro dan juga tentera A.S yang menjajah negara tersebut.

Ketika kempen pilihanraya tahun 2016, Trump sering kali menceritakan kisah Pershing yang membunuh tahanan Muslim Moro dengan peluru yang telah direndam di dalam darah khinzir. Pershing dikatakan telah menggunakan kaedah itu untuk menghancurkan pemberontakan bangsa tersebut ke atas pemerintahan A.S.

Ketika berucap di sebuah perhimpunan di Charleston pada Februari lepas, Trump berkata bahawa Jeneral Pershing "mengambil 50 butir peluru dan merendamnya di dalam darah khinzir."

"Dia kemudiannya mengarahkan para anggota tenteranya untuk mengisi rifel mereka dengan peluru tersebut sebelum membariskan 50 orang tahanan (untuk dibunuh). Mereka kemudiannya menembak 49 daripada mereka dan melepaskan tahanan yang ke-50. Dia kemudiannya berkata kepada tahanan itu 'Kamu pulang kepada bangsa kamu dan beritahukan mereka tentang apa yang telah berlaku.' Akibatnya, sepanjang 25 (berikutnya) tiada sebarang masalah yang timbul," kata Trump.

Menurut sebahagian daripada ahli sejarah, kisah yang diceritakan oleh Trump adalah tidak benar. Mereka membuat kesimpulan bahawa insiden sebegitu tidak sesuai dengan keperibadian Pershing.

Akan tetapi, sebahagian daripada ahli sejarah bersetuju dengan hakikat bahawa tentera A.S sememangnya pernah menggunakan darah khinzir untuk menakutkan orang Muslim Filipina sepanjang konflik tersebut.

"Jadi sememangnya benar bahawa terdapat usaha yang dilakukan secara sengaja untuk menghina sensitiviti keagamaan warga Filipina," kata seorang profesor sejarah di Massachusetts Institute of Technology bernama Christopher Capozzola.

"Dan sememangnya terdapat keganasan pada skala yang besar dilakukan ke atas komuniti mereka. Akan tetapi, tidak ada peristiwa yang dikisahkan oleh Trump," katanya lagi. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram