Trump Henti Biaya Pemberontak Syria

  • News Code : 844189
  • Source : Berita Harian
Brief

Presiden Donald Trump mengumumkan penamatan program sokongan kepada pemberontak yang memerangi Presiden Bashar al-Assad semalam, kerana ia 'besar, berbahaya dan membazir'.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Donald Trump mengumumkan penamatan program sokongan kepada pemberontak yang memerangi Presiden Bashar al-Assad semalam, kerana ia 'besar, berbahaya dan membazir'.

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa hari selepas ketua operasi khas Amerika Syarikat (AS), Jeneral Tony Thomas mengesahkan program yang dilaksanakan sejak empat tahun lalu itu akan ditutup.

Namun, Washington menafikan keputusan itu diambil kerana Rumah Putih mahu memenuhi permintaan Russia yang menyokong rejim Presiden Bashar.

"Akhbar Washington Post memalsukan fakta sebenar keputusan saya menamatkan peruntukan besar, berbahaya dan membazir kepada pemberontak Syria yang memerangi Bashar, " kata Trump menerusi Twitter.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai tindak balas kepada satu artikel bertajuk 'Kerjasama dengan Russia menjadi tumpuan strategi Trump di Syria' yang disiarkan oleh akhbar terbabit dan diterbitkan beberapa jam sebelum itu.

Ia memetik beberapa pegawai rasmi tidak dinamakan sebagai berkata, AS dan negara proksinya akan mengakui penguasaan Bashar terhadap beberapa kawasan di wilayah tengah dan selatan Syria.

Katanya, sebagai balasan, Moscow dan negara sekutunya tidak akan mengganggu operasi Amerika Syarikat memerangi kumpulan pengganas Daesh.

Awal bulan ini, AS dan Russia bersetuju mewujudkan zon tanpa pertempuran di selatan Syria dalam pertemuan pertama pada Sidang Kemuncak Kumpulan 20 di Hamburg. -AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram