Trump Janji Tamatkan Pelucutan Senjata Nuklear

Trump Janji Tamatkan Pelucutan Senjata Nuklear

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berjanji akan melengkapkan perjanjian berhubung pelucutan senjata nuklear di Semenanjung Korea bersama-sama pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berjanji akan melengkapkan perjanjian berhubung pelucutan senjata nuklear di Semenanjung Korea bersama-sama pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Kenyataan itu memberi petanda bahawa rundingan berkenaan masih berjalan selepas beberapa minggu dilihat menemui jalan buntu.

"Jong-un meletakkan kepercayaan tidak berbelah bahagi kepada saya. Terima kasih Jong-un. Kita akan melakukannya bersama-sama!" ujar Trump dalam Twitter.

Semalam, Jong-un turut menyatakan semula komitmennya untuk menjalankan pelucutan senjata nuklear sewaktu mengadakan pertemuan dengan wakil khas Korea Selatan. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky