Trump, Kim Jong Un Setuju Bertemu

Trump, Kim Jong Un Setuju Bertemu

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bersetuju bertemu pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un untuk berbincang menyingkirkan senjata nuklear dari semenanjung Korea, kata pegawai Washington serta Seoul.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bersetuju bertemu pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un untuk berbincang menyingkirkan senjata nuklear dari semenanjung Korea, kata pegawai Washington serta Seoul.

Penasihat Keselamatan Kebangsaan Korea Selatan, Chung Eui-yong yang berada di Washington selepas pertemuan di Pyongyang berkata, pada pertemuan tersebut, pemimpin Korea Utara itu menyuarakan komitmennya untuk usaha nyahnuklear.

"Jong Un berjanji Korea Utara akan mengelak melakukan ujian nuklear atau peluru berpandu. Dia memahami latihan tentera bersama antara AS dan Republik Korea mesti diteruskan dan menyuarakan keinginan untuk menemui Trump secepat mungkin."

Trump turut mengesahkan akan hadir ke pertemuan yang dijangka berlangsung pada bulan Mei.

"Kim Jong Un bercakap tentang menghentikan program nuklear bersama wakil Korea Selatan, bukan setakat pembekuan program. Dan tiada sebarang ujian misil akan dijalankan oleh Korea Utara sepanjang tempoh berkenaan. Perjumpaan sedang dirancang!" kata Trump di Twitter.

Obsesi Korea Utara dalam membangunkan senjata nuklear yang mampu menghancurkan Amerika Syarikat memaksa Trump untuk memulakan kempen sekatan, tekanan diplomatik dan ancaman tentera.

Mereka turut berdepan pengasingan di pentas antarabangsa akibat pencabulan undang-undang antarabangsa.

"Perkembangan baik sedang berlaku namun sekatan akan kekal sehingga perjanjian dicapai," tambah Trump.

Pertemuan itu dianggap berita baik selepas pertelagahan selama berbulan-bulan antara Amerika Syarikat dan Korea Utara yang menyaksikan Jong Un mengejek Trump 'orang tua nyanyuk' dan dibalas pula oleh Trump yang menggelar Jong Un 'litte rocket man'.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky