Trump Mulakan 2018 ‘Hentam’ Pakistan

Trump Mulakan 2018 ‘Hentam’ Pakistan

Pakistan telah memanggil Duta Amerika Syarikat (AS) ke negara ini untuk memberikan keterangan berhubung status Twitter terbaharu Presiden mereka, Donald Trump yang disifatkan sebagai ‘keterlaluan’.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pakistan telah memanggil Duta Amerika Syarikat (AS) ke negara ini untuk memberikan keterangan berhubung status Twitter terbaharu Presiden mereka, Donald Trump yang disifatkan sebagai ‘keterlaluan’.

David Hale dilaporkan telah diminta supaya menghadirkan diri ke pejabat Kementerian Luar Pakistan di sini, malam tadi untuk tujuan itu.

Seorang pegawai kedutaan AS kemudian mengesahkan bahawa Hale telah bertemu dengan beberapa orang pegawai Pakistan di situ.

“Kami bagaimanapun tidak boleh mengulas kandungan perjumpaan tersebut,” katanya.

Beberapa orang pegawai daripada kementerian itu juga enggan memberikan maklum balas lanjut mengenai perkara yang sama setakat ini.

Semalam, Trump terus mencipta kontroversi terbaharu apabila memuat naik status mengecam Pakistan sempena sambutan Tahun Baharu dalam laman Twitter miliknya.

“AS dengan bodohnya telah menghulurkan bantuan bernilai lebih daripada AS$33 bilion (RM133.94 bilion) sejak 15 tahun lalu, tetapi tidak menerima sebarang balasan yang setimpal daripada mereka kecuali ‘penipuan’.

“Mereka (Pakistan) memberi perlindungan kepada pengganas yang kami buru di Afghanistan dengan sedikit bantuan. Sekarang, tidak lagi! (merujuk kepada bantuan yang dihulurkan AS kepada negara itu),” Tulis Trump dengan angkuh.

Pakistan dalam maklum balas segeranya berhubung status itu pula bagaimanapun menafikan tuduhan Trump bahawa mereka tidak pernah menyokong kempen AS memerangi pengganas.

“Pakistan menerusi unit antipengganasnya telah memberikan kerjasama yang baik kepada AS selain memberikan mereka kemudahan pangkalan tentera serta komunikasi udara dan darat secara percuma untuk menghapuskan al-Qaeda sejak 16 tahun lalu.

“Namun, apa yang mereka berikan kepada kami hanyalah ‘penyelewengan serta ketidakpercayaan’. Mereka ‘tidak nampak’ bagaimana penduduk Pakistan telah dibunuh oleh pengganas-pengganas ini,” tulis Kementerian Pertahanan Pakistan dalam laman Twitter mereka. – AGENSI


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky