'Trump Mungkin Sedang Rancang Perang Baharu Untuk Alih Perhatian Umum'

  • News Code : 849150
  • Source : ABNA24
Brief

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mungkin sedang bersiap-sedia untuk memulakan sebuah peperangan yang baru dalam rangka mengalihkan perhatian umum ke atas popularitinya yang sedang merudum, kata Myles Hoenig yang merupakan seorang penganalisis dan juga aktivis politik.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mungkin sedang bersiap-sedia untuk memulakan sebuah peperangan yang baru dalam rangka mengalihkan perhatian umum ke atas popularitinya yang sedang merudum, kata Myles Hoenig yang merupakan seorang penganalisis dan juga aktivis politik.

Hoenig yang merupakan bekas calon Kongres dari Green Party membuat kenyataan itu di dalam sebuah temu ramah dengan Press TV pada hari Jumaat selepas Trump mencadangkan bahawa sebahagian kaum Muslim perlu dibunuh dengan peluru yang telah direndam di dalam darah Khinzir.

Beberapa jam selepas serangan maut di Barcelona, Sepanyol, Trump menulis di dalam laman sosialnya, "Kajilah apa yang telah dilakukan oleh Jeneral Pershing dari A.S ke atas para pengganas yang ditangkapnya. Tiada lagi Islam Radikal sepanjang tempoh 35 tahun!"

Kenyataan Trump itu dibuat dengan merujuk kepada sebuah kisah berhubung tindakan Jeneral Pershing ketika mengendalikan tahanan Muslim semasa Pemberontakan Moro (1899-1913) di Filipina. Pemberontakan itu melibatkan bangsa Muslim Moro dan juga tentera A.S yang menjajah negara tersebut.

Ketika kempen pilihanraya tahun 2016, Trump sering kali menceritakan kisah Pershing yang membunuh tahanan Muslim Moro dengan peluru yang telah direndam di dalam darah khinzir. Pershing dikatakan telah menggunakan kaedah itu untuk menghancurkan pemberontakan bangsa tersebut ke atas pemerintahan A.S.

Ketika berucap di sebuah perhimpunan di Charleston pada Februari lepas, Trump berkata bahawa Jeneral Pershing "mengambil 50 butir peluru dan merendamnya di dalam darah khinzir."

"Dia kemudiannya mengarahkan para anggota tenteranya untuk mengisi rifel mereka dengan peluru tersebut sebelum membariskan 50 orang tahanan (untuk dibunuh). Mereka kemudiannya menembak 49 daripada mereka dan melepaskan tahanan yang ke-50. Dia kemudiannya berkata kepada tahanan itu 'Kamu pulang kepada bangsa kamu dan beritahukan mereka tentang apa yang telah berlaku.' Akibatnya, sepanjang 35 (berikutnya) tiada sebarang masalah yang timbul," kata Trump.

"Bukankah sentiasa ada seorang ahli keluarga yang sering memalukan seluruh anggota keluarganya yang lain? Di dalam 'Keluarga Pertama' Amerika Syarikat, individu tersebut adalah Presiden sendiri. Kalian sepatutnya dapat menjangkakan perkara tersebut datang daripada individu yang membesar secara jahil dari aspek akademik dan pengalaman. Individu itu kerap kali mengharungi kehidupan dengan harapan bahawa perkara akan berjalan mengikut kehendaknya walaupun pada hakikatnya tidaklah sebegitu. Sering kali individu itu menyalahkan orang lain berhubung kegagalan hidupnya," katan Hoenig. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram