Trump Pertimbang Sertai Semula Perjanjian Paris

  • News Code : 842225
  • Source : ABNA24
Brief

Presiden A.S, Donald Trump membuka pintu kepada kemungkinan bahawa negaranya akan menyertai semula perjanjian Paris selepas berbual dengan rakan sejawatnya dari Perancis, Emmanuel Macron di Paris.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden A.S, Donald Trump membuka pintu kepada kemungkinan bahawa negaranya akan menyertai semula perjanjian Paris selepas berbual dengan rakan sejawatnya dari Perancis, Emmanuel Macron di Paris.

Di dalam sebuah kenyataan akhbar yang turut disertai oleh Presiden Perancis, Trump berkata bahawa beliau mungkin akan mengubah pendiriannya berhubung perkara itu selepas 6 minggu lalu menarik diri daripada perjanjian cuaca tahun 2015 itu.

Beliau walau bagaimanapun berkata bahawa keputusan akhir masih belum diambil.

"Sesuatu mungkin berlaku ke atas perjanjian Paris," kata Trumo. "Kita lihat sahaja apa yang akan berlaku... Jikalau sesuatu berlaku, perkara itu akan jadi menarik. Jikalau tiada apa yang berlaku, it juga masih baik."

Macron pula berkata bahawa beliau mennghormati keputusan Trump. Akan tetapi, beliau memberikan jaminan bahawa negaranya akan terus komited terhadap perjanjian itu.

Trump pada bulan lepas menarik keluar negaranya daripada Perjanjian Cuaca Paris. Sebuah langkah yang akan memberikan kesan besar ke atas dunia dan juga hubungan A.S dengan sekutu tradisinya. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram